SENGGARAAN MOTOR AC DC DAN CARA SERVIS MOTOR ELEKTRIK

  SENGGARAAN MOTOR AC DC DAN CARA SERVIS MOTOR ELEKTRIK


1.0 Senggaraan Cegahan:


Kebanyakan peralatan elektrik memerlukan pemeriksaan dan senggaraan yang terancang bagi menjamin peralatan tersebut bekerja di dalam keadaan baik dan sempurna. Tempoh masa pemeriksaan bergantung kepada peralatan dan keupayaannya. Kakitangan senggaraan mestilah peka dengan menggunakan seluruh pancainderanya untuk menilai atau mencari kerosakan yang berlaku seperti:


Hidung boleh membuat penebat (insulation) yang terbakar.

Tangan boleh merasa bahagian yang panas disebabkan oleh pemanasan pada belitan atau alas.

Telinga boleh mendengar getaran atau kelajuan lampau pada motor elektrik berkenaan.

Mata atau penglihatan boleh mengetahui bahagian yang berlaku arka atau bahagian-bahagian  mekanikal yang mengalami kerosakan.


Dengan pancaindera ini banyak membantu pelbagai ujian dan peraturan bagi tujuan pemastian. Dengan pemahaman tentang prinsip elektrik dan ujian kecekapan peralatan berkenaan adalah penting untuk dikenalpasti.

SENGGARAAN MOTOR AC DC DAN CARA SERVIS MOTOR ELEKTRIK
 SENGGARAAN MOTOR AC DC DAN CARA SERVIS MOTOR ELEKTRIK


2.0 Pemeriksa Bertempoh (Periodic Inspection):


Program senggaraan bertujuan menghalang daripada berlakunya kerosakan pada peralatan berkenaan daripada membaikinya. Pemeriksaan bertempoh yang sistematik adalah diperlukan untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan. 


Didalam program senggaraan cegahan yang baik, pemeriksaan yang tepat adalah diperlukan. Orang yang bertanggungjawap perlu menyimpan keputusan pemeriksaan bagi setiap motor di dalam industri berkenaan bagi tujuan penganalisaan pada masa akan datang. Pemeriksaan dan  servis mestilah secara sistematik. Kekerapan pemeriksaan dan darjah penggunaan atau ketahanan berubah-ubah dan perlu dianalisa oleh jurutera senggaraan. 


Penganalisaan itu mestilah bergantung kepada beberapa perkara iaitu;


a. Kepentingan motor tersebut berdasarkan kepada skim pengeluaran, dimana apabila motor tersebut gagal beroperasi pemberhentian pengeluaran yang serius berlaku.

b. Peratusan motor untuk beroperasi berdasarkan kepada proses pengeluaran.

c. Keadaan servis yang dilakukan.

d. Kesekitaran dimana motor  tersebut digunakan.


Dari sini jadual pemeriksaan dibentuk dan berubah-ubah dari satu loji yang lain. Sepasifikasi pengeluar dan procedur perlulah dirujuk dan diikuti.


Di bawah ini disediakan jadual servis pada motor elektrik yang secara kasarnya merangkumi motor a.u. dan a.t.


2.1 Setiap Minggu


a. Pemeriksaan komutator dan brus.

b. Paras minyak pada bearing.

c. Oil ring yang berpusing dengan aci.

d. Samada bahagian aci yang terdedah tidak terdapat minyak atau gris.

e. Pemeriksaan keatas litar kawalan seperti fius suis dan sebagainya.

f. Pastikan motor tersebut mencapai kelajuan pada masa yang sama.


2.2 Setiap Enam Bulan


a. Bersihkan motor dengan membuang kekotoran yang terdapat pada belitan, komutator dan berus.

b. Periksa komutator ‘clamping ring’.

c. Periksa berus dan tukar jika perlu.

d. Periksa pemegang berus, bersihkan jika kotor dan pastikan berus tersebut mempunyai sedikit ruang di dalam pemegangnya untuk bergerak.

e. Periksa tekanan pada berus dan posisinya.

f. Buang, bersihkan dan tukar minyak di dalam alas sleeve.

g. Periksa kelajuan operasi motor berkenaan.

h. Pastikan aci berkenaan nrmal dan berkedudukan teguh pada tempatnya.

i. Periksa penyambungan pada motor dan kawalannya.

j. Periksa arus masukkan dan bandingkan dengan yang asal.

k. Ujian keatas motor beroperasi samada ia beroperasi secara lancar atau terdapat getaran.

l. Periksa motor ‘foot bolt’, pelindung akhir, pulley dan sebagainya.

m. Pastikan semua alat pelindungan (cover) dipasang pada tempat asalnya.


2.3 Setahun Sekali


a. Bersihkan gris dan tukarkan yang baru pada alas bebola.

b. Ujian penebatan.

c. Pemeriksaan ruang udara.

d. Bersihkan kekotoran megnetik yang terletak pada kutub.

e. Pemeriksaan kelegaan antara aci dan ‘kotal jounal’.

f. Bersihkan komutator dan pastikan ia berkeadaan licin.

g. Ujian penyambungan komutator dan gelung armature.

h. Pemeriksaan ‘armature band’.


3.0 Ujian Penebatan:


Ujian penebatan merupakan faktor yang penting di dalam senggaraan samada pada motor atau pengulangalik (alternator). Kelembapan, kotoran dan serpihan logam akan menyebabkan kerosakan penebatan pada belitan samada stator atau rotor.


Nilai penebatan kebiasanya di dalam megaohm dan 1 megaohm merupakan penebatan yang diperlukan di dalam voltan rendah dan alat yang digunakan ialah megger.


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.